Powered By Blogger

Tuesday, 29 November 2016

CARA MENAMBAH SIMPANAN EMAS MELALUI AKAUN GAP PUBLIC GOLD


Lepas dah daftar untuk akaun simpanan emas Public Gold, mesti rasa nak tambah lagi simpanan emas kan? Anda boleh membuat belian tambahan emas anda dengan hanya beberapa langkah mudah:


1) Bank-In/Transfer jumlah wang mengikut gandaan gram yang anda mahu beli ke akaun GAP Public Gold.


2) Log-in akaun Public Gold anda.
 Masukkan Username (Nama Pengguna) dan Password (Kata laluan) anda sendiri, dan jangan lupa tick pada kotak putih yang menyatakan "i am human" bagi mengelakkan spambot. Tekan "Log-In".




3) Klik pada "My GAP"untuk akses kepada akaun GAP.




4) Klik pada butang "Purchase".


5) Isi pada ruangan kosong dengan perician pembayaran dan tekan "Request". 





6) Tunggu sehingga pihak Public Gold proses permintaan anda selewat-lewatnya dalam tempoh 48 jam waktu bekerja. Selesai. :)

Saturday, 3 September 2016

EMAS 1 GRAM EDISI TERBARU PUBLIC GOLD (Updated: Oktober 2016)

Salah satu tarikan yang menarik dengan emas Public Gold adalah emas dengan design kad (certificate) yang pelbagai. Boleh dikatakan syarikat Public Gold merupakan company yang terbanyak design bagi edisi emas 1 gram ni berbanding syarikat emas lain.

  • 1 Gram LBMA Goldbar NewBorn Baby (999.9/24K). Released: Disember 2016
Sesuai dijadikan hadiah atau tabungan emas bagi anak-anak yang baru lahir.

  • 1 Gram LBMA Goldbar Edisi Rooster (999.9/24K). Released: October 2016



  • 1 Gram LBMA Goldbar Edisi Wedding  (999.9/24K). Released: August 2016.

Sesuai dijadikan hadiah buat pasangan pengantin baru yang diraikan

Sebelum daripada itu, pada bulan Ogos yang lalu, bersempena dengan Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-59, Public Gold juga telah mengeluarkan 1 gram goldbar edisi Malaysia. Ni pun boleh tahan cantik juga. ;)

  • 1 Gram LBMA Goldbar Edisi Merdeka (999.9/24K). Released: August 2016.

LIMITED EDITION
Kalau berminat, sila hubungi saya ya untuk dapatkan :) 
013-3758565 (whataspp shj buat masa ini). atau Facebook. 

KELEBIHAN MENJADI DEALER PUBLIC GOLD


Sebelum terus kepada kelebihan menjadi Dealer Public Gold, perlu diketahui bahawa terdapat 3 reringkat Dealer dalam Public Gold : Normal Dealer (ND), Priority Dealer (PD) dan Master Dealer (MD).

Bezanya adalah pada insentif asas bagi ketiga-tiga peringkat tersebut:

Normal Dealer (ND) : 1%
Priority Dealer (PD) : 1.5%
Master Dealer (MD) : 2.0% 


Di bawah ini saya nyatakan kelebihan bagi Normal Dealer (ND) terlebih dahulu, Terdapat 4 kelebihan utama: 

#1) Dapat insentif 1%  atas setiap nilai belian emas untuk diri sendiri.

Contoh: Anda beli emas seberat 20gram yang berharga RM 3200.
Total insentif yang anda dapat: 1% x 3200 = RM32


#2) Dapat insentif 1% atas setiap nilai belian yang dilakukan oleh customer yang anda recommend untuk daftar. 
(Contoh pengiraan sama seperti di #1)


#3) Dapat insentif 0.3% atas setiap nilai jualan semula emas kepada syarikat Public Gold. 

Contoh: Customer tersebut menjual emas 20gram yang dibeli tadi dengan harga jualan semula(buyback) yang bernilai RM3500 (katakan emas tadi naik harga).

Jumlah insentif yang anda dapat: 0.3% x RM3500 = RM10.50


#4) Dapat insentif 0.3% atas setiap nilai barangan aksessori Public Gold yang dibeli oleh customer yang anda recommend tersebut
(Contoh pengiraan sama seperti di #3)


***Setiap insentif dealer di bawah RM100 akan dikreditkan dalam bentuk emas dalam akaun GAP.


Thursday, 18 August 2016

JANA PENDAPATAN PASIF DENGAN MENJADI DEALER PUBLIC GOLD


PROMOSI  MENJADI DEALER PUBLIC GOLD TERKINI ! (JULAI 2016)








                                            JOM MENJADI DEALER PUBLIC GOLD (Julai 2017)


Promosi bagi anda yang alang-alang gemar membeli dan menyimpan emas, biar terus jadi dealer. Anda hanya perlu membeli 100 gram emas melalui akaun simpanan emas GAP untuk layak menjadi Authorised Dealer Public Gold. Emas dapat, peluang berniaga sendiri pun dapat. Part-time ataupun full-time. Jom grab peluang ni. Mesej whatsapp saya di nombor: 013-3758565 sekarang.


Apa kelebihan jadi dealer Public Gold? Klik di sini: Kelebihan menjadi Dealer Public Gold





Promosi Bulan Disember 2016 (TAMAT)




Promosi Bulan November 2016 (TAMAT)





Promosi Bulan Oktober 2016 (TAMAT)


Promosi Bulan September 2016 (TAMAT)





Wednesday, 25 May 2016

KENAPA PERLU BELI EMAS ?


Mengapa saya dan guru-guru kewangan yang lain seperti Tuan Zulkifli Shafie, Tuan Azizi Ali, Mike Maloney dan Robert Kiyosaki mencadangkan untuk menyimpan emas? Sekiranya hati anda berbisik "sebab anda ejen emas, memanglah cadangkan orang beli emas untung untung". Ya, memang saya adalah seorang dealer emas, namun mereka yang lain seperti nama-nama besar seperti Tuan Azizi Ali  dan Robert Kiyosaki bukanlah seorang ejen atau dealer mana-mana syarikat emas.

Saya juga pada mulanya menyimpan emas tidak pernah terfikir untuk menjadi dealer atau sebagainya, cuma saya tahu bahawa ia lebih baik daripada menyimpan wang kertas di dalam bank!

Anda juga, sekiranya anda juga tahu dan sedar tentang kepentingan emas, saya pasti anda akan membuat keputusan bijak dengan menyimpan emas. Maka, pada posting ini saya akan berkongsi tentang kepentingan menyimpan emas. Semua point yang saya tulis di sini hasil daripada pembelajaran saya melalui guru-guru emas saya dan daripada pembacaan- pembacaan di laman sesawang : 

Kenapa Emas ? 
  • MELINDUNGI WANG RINGGIT ANDA TERHAKIS NILAI
  • MENGELAKKAN KEBOCORAN WANG
  • TABUNGAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK
  • SEBAGAI ASET PELABURAN
1) MELINDUNGI NILAI WANG RINGGIT TERHAKIS

Bagaimana wang ringgit terhakis nilainya? Di Malaysia, wang adalah wang ringgit ataupun sen. Pada zaman anda sekolah rendah dahulu, berapakah harga untuk membeli nasi paling murah untuk makan ketika waktu rehat? Pada pendapat saya nasi lemak adalah nasi yang paling murah dan mengenyangkan. Pada zaman tersebut, saya boleh mendapatkan nasi lemak yang cukup untuk kenyangkan saya sehingga tertidur di dalam kelas dengan harga 50 sen.

Sekarang berapakah harga nasi lemak yang dijual di sekolah-sekolah? Ia pasti tidak kurang RM1.00!

Tahun 2003  = RM 0.50
Tahun 2016 = RM 1.00

2) MENGELAKKAN KEBOCORAN WANG


"Nak beli apa lagi ea? Telefon baru? Kasut atau baju baru?" 
Pernah tak dialog di atas berlegar dalam minda anda ketika ke shopping mall ? Mesti pernah kan. Selagi rasa berduit, semua yang dah ada memang takkan pernah cukup. Padahal itu bukan satu keperluan pun. Tapi apa boleh buat, itu memang psikologinya rasa berduit, bukan perempuan shj, lelaki pun sama. Bak kata sifu emas Hj.Pokli, "Duit tu berhantu". 
Cuba simpan emas, rasa macam takda duit ja, tetapi sebenarnya nilai duit tu ditukarkan kepada emas yang lebih bernilai. Pastikan emas dijadikan tabungan bulanna setiap kali anda baru sahaja mendapat gaji/elaun, supaya nilai wang anda terus selamat. 

"Simpan dahulu baru belanja" adalah petua jika anda membaca mana-mana buku kewangan. Ini adalah tips penting untuk menjadi kaya. Orang kaya hanya akan berbelanja setelah menyimpan sejumlah wang yang ditetapkan setiap bulan. Mana mungkin RM 1 juta dapat terhasil tanpa bermula dengan RM100, dan RM100 pula tidak bermula tanpa RM1. 

Oleh itu, Simpan, Simpan dan Simpan. !

3) EMAS UNTUK BIAYA PENDIDIKAN ANAK-ANAK

Emas juga boleh dijadikan sebagai tabung untuk membiayai pendidikan universiti anak-anak. Ya, cukup untuk membayar yuran pengajian anak anda di universiti-universiti tempatan. Bagaimanakah caranya? KONSISTEN!

Sejak anak anda dilahirkan, mulakan tabungan untuk pendidikan universiti anak tersebut setiap bulan sebanyak 1 gram. Konsisten dengan 1 gram setiap bulan. Bagi memudahkan simpanan ini, anda boleh mendaftar dan membuka akaun simpanan emas GAP. Anda boleh membaca berkenaan akaun simpanan emas ini dengan klik di sini.

Kiraannya adalah seperti berikut :
1 gram x 12 bulan = 12 gram.
17 tahun simpanan = 12 gram x 17 tahun = 204 gram
204 gram x RM 200 (anggaran purata terendah)  = RM40,800

RM 40,800 adalah anggaran sekiranya harga emas segram rm200. Pada masa kini, ianya cukup untuk membayar kos pendidikan tinggi di mana-mana universiti termpatan. Saya yakin, ianyanya juga cukup untuk membayar kos pendidikan pada 18 tahun akan datang sekiranya anda simpan wang anda dalam bentuk emas.

Berbeza dengan simpanan wang, RM40,800 tersebut akan terus menyusut nilainya dari hari ke hari, dan biaya pendidikan akan jadi lebih tinggi. Belum ditolak lagi dengan kepayahan menabung dalam bentuk wang yang kadang-kadang ter'guna'.


4) EMAS SEBAGAI ASET PELABURAN

Emas juga boleh dijadikan pelaburan. Berdasarkan sejarah harga emas Malaysia, emas mencatatkan kenaikan purata sebanyak 12.8 % setiap tahun. Ini adalah lebih tinggi daripada anda melabur di ASB, Tabung Haji ataupun lain-lain pelaburan, apatah lagi jika dibandingkan dengan dividen yang diberi oleh pihak bank sekiranya anda membuat simpanan fix deposit.


 Gambar kredit: www.mohdzulkifli.com

Banyak lagi sebab kenapa anda perlu beli emas. Apa yang saya nukilkan disini hanyalah sekadar apa yang mudah bagi saya dan mungkin untuk anda memahami. Apapun kerja yang anda buat, anda tetap dapat duit kertas yang pasti dipengaruhi oleh ekonomi negara. Lebih selamat jika anda buat macam saya, hanya tukarkan simpanan duit anda kepada simpanan emas.



Saturday, 30 April 2016

NAK JUAL BALIK EMAS NI DI MANA?

Dah beli, mesti la nak jual balik emas ni kan? Penjualan semula emas berlaku sama ada memang nak guna duit atau anda nak jual sebab anda seorang pelabur emas dan merasakan harga dah sesuai untuk jual. Di mana nak jual ni? Kedai-kedai emas terima ke? Orang nak beli ke?


Jawapan: Mesti la kedai-kedai emas terima. Tinjauan saya dan kenalan-kenalan dalam Public Gold mendapati kebanyakan kedai-kedai emas di Malaysia terima untuk beli emas Public Gold sama ada berbentuk jongkong emas ataupun dinar. Tapi….nanti dulu !

Jual kepada kedai-kedai emas adalah PILIHAN TERAKHIR! So, nak jual pada siapa?

Anda mempunyai pilihan untuk jual kepada sesiapa sahaja yang sudi membeli, dan saya percaya banyak pihak yang sudi membeli emas PG anda, yang bezanya cuma harga yang mereka persetujui untuk beli balik daripada anda sama ada tinggi atau rendah. Maka, di sini saya senaraikan kepada siapa anda boleh jual balik emas PG anda mengikut turutan daripada harga yang paling tinggi sehingga harga yang paling rendah yang ditawarkan :


      A.     Jual kepada pembeli melalui media sosial seperti Facebook

Jualan kepada pelanggan melalui media sosial memang boleh dapat harga yang tinggi, harga tanpa nilai susut langsung, malah anda boleh dapat dengan harga yang lebih tinggi daripada yang jual semasa (PG sell) oleh Public Gold. Namun, tak semestinya penjualan semula dengan kaedah ini paling sesuai untuk anda,  kerana mempunyai beberapa kelemahan iaitu:

-         Berisiko tinggi untuk ditipu dan diperdaya. 
-    Anda yang perlu cari pembeli (mengambil masa anda)
-        Anda perlu deal harga dengan yang dipersetujui pembeli
-        Tak sesuai untuk produk emas yang besar dan tinggi harganya.


      B.      Jual Semula Kepada Public Gold

Anda beruntung kerana membeli produk emas keluaran PG kerana PG memberi jaminan untuk membeli semula emas yang anda jual, walau sebanyak mana pun anda nak jual semula, dan walau seal emas anda rosak. Ya, Public Gold tetap akan membeli semula emas anda !
Bagaimana untuk jual semula kepada Public Gold? Mudah sahaja.

Bagi ahli PG yang mempunyai kod PG sendiri:


2.      Lock harga belian semula oleh PG (PG Buy)  melalui website.

3.    Pergi ke cawangan PG terdekat dan serahkan emas anda dalam masa 48 jam selepas lock harga.

4.   Tunggu dalam tempoh masa 1 hari bekerja untuk pihak PG bank in wang ke dalam akaun anda (Maybank/Public Bank). Sekiranya anda menggunakan bank selain Maybank dan Public Bank, PG akan bank in wang dalam tempoh masa 2 hari bekerja.

Bagi pemilik emas Public Gold yang tidak berdaftar dan tidak mempunyai kod PG pula:

Anda tak perlu log-in ke akaun PG anda seperti di atas sebab anda tidak mempunyai akaun sendiri. Anda boleh terus dengan langkah no.3 iaitu terus pergi ke cawangan PG yang berhampiran untuk serahan emas, dan tunggu PG bank in jumlah wang ke akaun anda seperti langkah ke.4 di atas.

*Jual semula kepada Public Gold ini mengambil masa sehari atau dua hari bekerja. Anda tidak boleh jual semula ketika bukan hari bekerja.


     C.      Jual Kepada Dealer/Agen Public Gold

Jual kepada dealer/agen Public Gold juga satu pilihan yang baik. Dealer-dealer yang berdaftar atau agen Public Gold selalunya akan mengambil harga belian semula (PG Buy) sama seperti yang dipaparkan di website Public Gold. Namun, tidak semua dealer yang sanggup membeli kerana tak semua dealer mempunyai modal yang mencukupi terutamanya ketika harga emas melambung tinggi menggunung.

Jadi, mungkin lebih baik anda terus jual di cawangan Public Gold yang berhampiran, kecuali anda mudah nak jumpa pembeli tersebut,atau  betul-betul terdesak nak gunakan dan ketika itu cawangan Public Gold tutup.


      D.     Jual Kepada Kedai-Kedai Emas Lain

Sekarang dah banyak kedai-kedai emas yang nak membeli semula emas PG anda sama ada berbentuk jongkong emas, dinar emas, ataupun emas perhiasan. Namun, saya dan sifu-sifu emas lain tidak merasakan ini satu pilihan yang tepat, kerana pekedai-pekedai emas lain di serata Malaysia juga kebanyakannya gemar membeli emas anda dengan harga yang rendah.

Berdasarkan survey saya di di beberapa buah kedai emas di sekitar Bandar Kajang dan Bandar Baru Bangi, para pekedai emas tersebut secara puratanya membeli semua dengan harga susut nilai antara 20-30% daripada harga jualan semasa (PG Sell).

Ada juga pekedai emas yang hanya menjual emas tapi enggan membeli emas selain emas keluaran syarikatnya sahaja seperti Poh Kong. Ini kerana fokus mereka lebih kepada penjualan emas khususnya emas perhiasan, bukan emas pelaburan. Anda boleh cuba untuk bertanya di kedai-kedai emas berhampiran kawasan anda untuk memastikan hal ini.


      E.      Pajak di Ar-Rahnu

      Di Malaysia, terdapat beberapa institusi pajak gadai sama ada yang patuh syariah ataupun pajak gadai cina. Sekiranya anda membeli emas keluaran Public Gold, tempat terbaik yang anda harus tuju untuk mendapatkan suntikan modal bagi memulakan bisnes atau kegunaan lain yang mendesak, adalah dengan membuat pajakan di Ar-Rahnu Pos Malaysia.

      Ar-Rahnu Pos adalah syarikat pajak gadai Islam di bawah Pos Malaysia yang telah memeterai kerjasama dengan Public Gold untuk memberikan pinjaman berpajak. Ya, perlu diingat bahawa ia adalah pinjaman dan perlu dibayar semula. Ar-Rahnu Pos Malaysia memberikan pinjaman tertinggi kepada anda, iaitu sebanyak 75% daripada harga semasa emas yang ditentukan oleh mereka. Sebagai pajakan, anda perlu memberikan emas anda kepada pihak Ar-Rahnu untuk disimpan. Sekiranya anda tidak mampu membayar semula jumlah pinjaman setelah tempoh matang beserta upah simpan, maka emas yang anda simpan di Ar-Rahnu tersebut akan digadaikan dan menjadi milik pihak Ar-Rahnu dengan serta merta.

Sunday, 27 March 2016

PENTING! FAHAMI DAHULU ISTILAH "SPREAD" SEBELUM BELI EMAS

JANGAN BELI EMAS DULU, FAHAMI DAHULU ISTILAH "SPREAD" SEBELUM MEMBELI EMAS !!


Timbul pertanyaan daripada beberapa orang customer :

"Kenapa kena ada susut nilai? Kalau macam tu rugi lah beli emas" atau, "lambat lah nak untung kalau macam ni". -_-'

Sebenarnya, SPREAD bukan bermaksud susut nilai. Ianya sebenarnya bermaksud:

"Beza harga diantara harga jual dengan harga belian balik sesebuah syarikat/kedai emas kepada customer pada sesuatu masa."

Beza harga inilah yang membolehkan sesebuah syarikat/kedai emas memberi jaminan untuk membeli semula emas yang mereka jual kepada anda. Senang kata, susut nilai ni memang teknik sesebuah perniagaan. Sebagai customer, semakin rendah nilai susut bagi sesebuah produk emas, semakin cepatlah menjana keuntungan. 

Seperti yang telah dimaklumkan pada posting sebelum ini, kadar susut nilai emas Public gold adalah antara yang terendah. Saya tidak mengatakan bahawa ia paling rendah, kerana ada lagi yang lebih rendah seperti emas keluaran UOB bank seperti PAMP Suisse. Namun begitu, kadar yang ditetapkan oleh Public Gold ini adalah win win solution, di mana kadarnya bukanlah paling rendah, tetapi harganya tetap yang terendah. :D

Berikut saya senaraikan kadar beza harga atau istilah yang lebih popular lagi dipanggil 'spread', bagi produk-produk emas keluaran Public Gold. 


- EMAS  GAP = 8% per gram
- LBMA GOLD BAR (24K) :
  • 1 gram  = 8%
  • 5 gram  = 8%
  • 10 gram = 8%
  • 20 gram = 7%
  • 50 gram = 6.5%
  • 100 gram = 6%
  • 250 gram = 5%
  • 1000 gram = 5% 
- LBMA DINAR (24K) : 
  • 1 Dinar = 8%
  • 5 Dinar = 7%
  • 10 Dinar = 6.5%
- BUNGA EMAS/ TAI FOOK (24K)/ FLEXIBAR (24K) :
  • Kesemuanya 10%
- NON LBMA GOLD BAR (22K) : 
  • Kesemuanya 15%
- NON LBMA DINAR (22K): 
  • Kesemuanya 10%

Semua beza harga yang dinyatakan boleh dikira sendiri berpandukan harga yang dinyatakan di website Public Gold. Cara Kiraannya adalah seperti berikut :
[HARGA PG SELL - HARGA PG BUY] / HARGA PG SELL X 100 = DAPAT JAWAPAN PERATUS SPREAD :)


CARA MEMILIH EMAS PALING UNTUNG

1.1     CARA MEMILIH EMAS PALING UNTUNG


“Nak beli emas yang mana satu ya,emas jenama A atau jenama P? hmm…” Pernah tak anda atau kenalan anda confius emas jenama mana nak beli?
Elakkan membeli emas tanpa sebarang ilmu pun berkenaan emas. Ya, memang emas itu secara umumnya pelaburan yg menguntungkan untuk jangka masa yg panjang.Namun, membeli emas yg terbaik memuaskan hati anda disamping memaksimumkan keuntungan daripada emas itu sendiri.
Untuk menjana keuntungan yang maksimum, sebelum membeli emas, atau apa-apa produk pelaburan emas, faktor-faktor berikut amat perlu dititik beratkan:

1)    HARGA TERENDAH 
(paling hampir dengan harga spot, dgn berat & ketulenan yg sama,eg: 999.9.

Harga terendah nak tahu macam mana ya? Sekarang dah mudah, company-company yang jual emas banyak yang dah nyatakan di website masing-masing untuk rujukan harga emas yang dijual. BANDINGKAN harga antara emas syarikat A dengan emas syarikat B dengan berat dan ketulenan yang sama.

Contoh: Emas seberat 1 gram, dengan ketulenan 999.9 atau 24karat. Hanya jenama yang dicop pada emas yang berbeza :-

            Harga dijual syarikat A = RM 179 (tak temasuk GST)
            Harga dijual syarikat C = RM 179 (diberi perlepasan GST oleh kerajaan)

Sebagai pembeli yang bijak, mestilah kita akan beli emas daripada syarikat B. Kan??
___________________________________________________________________
*Boleh juga semak harga emas yang paling hampir dengan harga emas spot antarabangsa untuk tahu harga yang paling rendah. Rujuk: http://goldprice.org/gold-price-malaysia.html). Contohnya seperti rajah di berikut: 

Harga Spot Gold
Harga Public Gold Jual
Harga International spot gold bagi 1 gram emas= RM166, 
sementara harga yang dijual syarikat PG = rm179.

Saya ambil harga di atas pada tarikh dan jam yang sama. Beza harganya sebanyak RM 13 sahaja. Cuba buat perbandingan harga spot gold tersebut dengan emas yang dijual syarikat lain pulak, tengok mana paling dekat dengan harga spot gold. J


2)    SUSUT NILAI (SPREAD) YG TERENDAH. (Bawah 10%)
Setiap emas ada nilai susutnya yang tersendiri bergantung kepada company emas. Pastikan nilai spread emas yang anda beli adalah yang terendah, dan tidak lebih daripada 10%. Susut nilai tu apa? Susut nilai yang biasanya juga disebut spread adalah BEZA HARGA antara harga belian dengan harga jualan oleh pihak syarikat. Kebiasaannya, makin besar gram emas yang kita beli, semakin rendah spreadnya.

Berdasakkan harga di atas berapa peratuskah nilai spread bagi emas PG 10 gram? Cara kiraannya:
Ø  (PG Sell – PG Buy) / PG Sell = ________ X 100 = JAWAPAN
Ø  Contoh untuk 10 gram :
RM 1,784 – RM 1641 = RM 143
RM 143 / RM 1784 = 0.08 X 100 = 8%
Emas dengan nilai spread yang terendah memaksimumkan keuntungan kita bila nak jual semula, terutamanya bila harga naik tinggi. Naik sedikit sahaja pun kita dah boleh jana keuntungan atas kenaikan harga.

3)    MUDAH UNTUK MENDAPATKANNYA (banyak syarikat)

Ini amat penting, terutamanya bila harga tengah rendah.Sebab waktu harga rendahlah ramai yang ambil peluang untuk menambah lebih banyak simpanan emas. Ada sesetengah company emas yang stok emasnya terhad, maka kita akan ketinggalan untuk membeli pada harga rendah. Pastikan syarikat emas yang tersebut ada sentiasa ada stok untuk pembelian pada bila-bila masa.
Lagi satu, adalah cawangan atau dealer untuk ambil emas. Ada company emas yang nilai spreadnya rendah, dan harganya juga murah, tapi cawangan atau pengedarnya jauh dari tempat tinggal kita. Ia akan menjadikan harga emas tersebut lebih mahal, sebab ditambah dengan kos minyak kereta, dan sebagainya.So, pastikan emas yang kita nak beli mudah nak dapatkan bila-bila masa.
Untuk aspek ini, saya amat selesa berurusan dengan Public Gold, sebab ada sebanyak 17 cawangan di seluruh negara. Bagi saya yang menetap di Bangi, PG cawangan Kajang adalah paling dekat, hanya 10 minit dari rumah.

4)    MUDAH UNTUK DIJUAL SEMULA (walaupun harga emas melambung tinggi) 

Dulu waktu harga emas rendah kita dah beli banyak, sekarang harga emas dah naik tinggi. Nak jual balik kat mana untuk dapat untung?  Atau, tiba-tiba terdesak nak guna duit, ada emergency berlaku yang perlu kepada duit, kat mana boleh jual emas dengan segera untuk dapat cash? Ya, memang boleh jual online di group-group emas di FB atau mana-mana sahaja, tapi ia memakan masa dan risiko. Nak cari pembeli pun satu hal, sebab harga tengah mahal, orang tak kan beli sangat. Tempat jual terbaik kat company emas tu sendiri.
Sesetengah company pula, hanya tahu menjual sebanyak mungkin sahaja, tapi bila kita nak jual balik kat dia, dia tak nak beli, atau beli dengan harga yang rendah sangat, lagi-lagi bila harga tiba-tiba melambung. Jadi, kena pastikan syarikat emas yang kita beli tu ada JAMINAN AKAN BELI BALIK emas yang dia jual kat kita.

5)    BOLEH DIPAJAKKAN DI AR-RAHNU (bila terdesak untuk guna wang shj)

Ar-Rahnu atau pajak gadai penting iaitu apabila kita memang urgent sangat-sangat nak guna duit tapi kita hanya ada emas sahaja. Melalui sistem Ar-Rahnu, kita boleh dapatkan pinjaman duit, dengan memajakkan emas yang kita ada sebagai tebusan. Sekiranya kita tidak mampu membayar semula pinjaman tersebut dalam tempoh yang ditetapkan, emas yang dipajakkan tersebut secara automatik menjadi milik penuh pihak Ar-Rahnu.


Perlu diingat, Ar-Rahnu sepatutnya hanya digunakan apabila sangat terdesak. Memanipulasikan sistem Ar-Rahnu tanpa pertimbangan yang jelas boleh merugikan, kerana Ar-Rahnu mengenakan upah simpan yang agak tinggi.

Tuesday, 9 February 2016

BELI EMAS LEBIH MURAH DENGAN AKAUN SIMPANAN EMAS (GAP)



AKAUN SIMPANAN EMAS (GAP), PUBLIC GOLD 

Akaun simpanan emas Public Gold merupakan satu program yang dilancarkan bagi menggalakkan ahli Public Gold yang berdaftar untuk menyimpan emas sedikit demi sedikit. Apakah kelebihan bagi mereka yang mendaftar untuk akaun ini? Buat pengetahuan kalian, syarikat Public Gold pada mulanya tidak menjual emas seberat 1 gram. Namun, di atas usaha sama beberapa orang Master Dealer beserta dengan persetujuan Dato’ Louis Ng selaku CEO Public Gold, maka pengeluaran emas seberat 1 gram diperkenalkan. 

KELEBIHAN MENDAFTAR AKAUN SIMPANAN EMAS (GAP) :

    1)  Boleh membuat tempahan emas 24 jam sehari, 365 hari setahun dengan harga sama.

   Harga emas ditetapkan hanya sekali dalam sehari, iaitu pada jam 12.00 malam. Pembeli yang kesibukan bekerja pada siang hari tersebut boleh membeli emas 1 gram dengan harga yang sama pada sebelah malamnya sebelum jam 12 malam tanpa perlu bimbang mengenai kenaikan harga sepertimana emas fizikal yang lain, yang berubah setiap 20 minit.
                                           
      2)      Boleh mengeluarkan emas serendah 1 gram dengan lebih murah.

Emas fizikal PG kini boleh dikeluarkan daripada akaun GAP serendah 1 gram. Berbanding dengan mereka yang tidak mendaftar sebagai ahli GAP, pembelian 1 gram adalah lebih mahal, kerana ia dijual dengan harga runcit. Harga runcit bagi 1 gram emas PG adalah RM215.

3) Bebas memilih item emas yang ingin diambil.

Walaupun anda membeli hanya 1 gram secara konsisten setiap bulan, anda bebas untuk memilih sama ada untuk mengeluarkan goldbar 1gram, 5gram, 1 Dinar dan sebagainya, asalkan baki gram dalam akaun anda mencukupi untuk mengeluarkannya. 

CARA MEMBELI MELALUI KAEDAH GAP


Pembelian kali pertama (1st Time Purchase)
Bagi pembelian customer baru, untuk membeli melalui kaedah GAP ini, ikuti langkah ni;

1)      Semak Harga
Semak harga bagi satu gram GAP di www.publicgold.com.my. Harga ini berubah setiap jam 12:00 tengah malam. Contohnya, harga 1 gram pada hari ini (09 Feb 2016) ialah RM175.


*dalam gambar di atas, terdapat harga bagi pembelian emas serendah RM100. Namun, kaedah pembelian tersebut tidak patuh syariah. Elakkan.

2)      Transfer/Bank-In Jumlah Pembelian
Untuk melakukan pembayaran, sila gunakan kaedah online banking, sebolehnya, elakkan daripada menggunakan mesin CDM atau ATM, kerana resit mungkin tidak dapat dikeluarkan/ resit tidak dapat dicetak semula. Pilih salah satu antara dua bank berikut:

A.    MAYBANK BHD
Link untuk terus ke Maybank2U : http://www.maybank2u.com.my/

Account Name      : PUBLIC GOLD MARKETING SDN.BHD
Account Number  : 5571-3923-8048
Swift Number       : MBBEMYKL

B.     PUBLIC BANK

Account Name      : PUBLIC GOLD MARKETING SDN.BHD
Account Number  : 3167-52-0833
Swift Number       : PBBEMYKL



3)      Hantar Maklumat Pembayaran
Hantar slip/resit pembayaran melalui e-mail ke alamat: gap@publicgold.com.my, dan cc kepada saya: amirmursyidi@gmail.com untuk memudahkan saya follow up dengan pihak Public Gold (sekiranya perlu).
Di dalam e-mail tersebut, sertakan sekali butiran yang berikut:

a) Full Name   : 
b) I/C No         :
c) Phone No    :
d) E-mail         :
e) Amount       :
f) Date             :
g) Time            : 
h) Introducer   : PG00055288
Amir Mursyidi bin Abdullah
           
Hantar juga salinan detail pembayaran di atas bersama resit kepada nombor whatsapp GAP Public Gold di nombor : +6017-4866916. (system e-mail Public Gold masih dalam selenggaraan)



4) Tunggu GAP Statement

Tunggu PG e-mailkan GAP statement dalam masa 2 hari bekerja (48 jam, tidak termasuk hari sabtu, ahad dan cuti umum). Sekiranya masih belum menerima statement tersebut setelah 48 jam, maklumkan pada saya untuk saya follow up dengan Public Gold.



5) Ambil Emas Di Cawangan Public Gold Berhampiran

Hubungi cawangan tersebut terlebih dahulu untuk tanya berkenaan jenis emas yang anda nak ambil dan buat reservation. Kalau staf yang dihubungi memberitahu stok ada, boleh terus untuk membuat pengeluaran. Sekiranya tidak, anda perlu ambil di cawangan lain untuk dapatkannya atau tunggu dalam tempoh seminggu atau paling lama, dua minggu.