Powered By Blogger

Sunday, 27 March 2016

CARA MEMILIH EMAS PALING UNTUNG

1.1     CARA MEMILIH EMAS PALING UNTUNG


“Nak beli emas yang mana satu ya,emas jenama A atau jenama P? hmm…” Pernah tak anda atau kenalan anda confius emas jenama mana nak beli?
Elakkan membeli emas tanpa sebarang ilmu pun berkenaan emas. Ya, memang emas itu secara umumnya pelaburan yg menguntungkan untuk jangka masa yg panjang.Namun, membeli emas yg terbaik memuaskan hati anda disamping memaksimumkan keuntungan daripada emas itu sendiri.
Untuk menjana keuntungan yang maksimum, sebelum membeli emas, atau apa-apa produk pelaburan emas, faktor-faktor berikut amat perlu dititik beratkan:

1)    HARGA TERENDAH 
(paling hampir dengan harga spot, dgn berat & ketulenan yg sama,eg: 999.9.

Harga terendah nak tahu macam mana ya? Sekarang dah mudah, company-company yang jual emas banyak yang dah nyatakan di website masing-masing untuk rujukan harga emas yang dijual. BANDINGKAN harga antara emas syarikat A dengan emas syarikat B dengan berat dan ketulenan yang sama.

Contoh: Emas seberat 1 gram, dengan ketulenan 999.9 atau 24karat. Hanya jenama yang dicop pada emas yang berbeza :-

            Harga dijual syarikat A = RM 179 (tak temasuk GST)
            Harga dijual syarikat C = RM 179 (diberi perlepasan GST oleh kerajaan)

Sebagai pembeli yang bijak, mestilah kita akan beli emas daripada syarikat B. Kan??
___________________________________________________________________
*Boleh juga semak harga emas yang paling hampir dengan harga emas spot antarabangsa untuk tahu harga yang paling rendah. Rujuk: http://goldprice.org/gold-price-malaysia.html). Contohnya seperti rajah di berikut: 

Harga Spot Gold
Harga Public Gold Jual
Harga International spot gold bagi 1 gram emas= RM166, 
sementara harga yang dijual syarikat PG = rm179.

Saya ambil harga di atas pada tarikh dan jam yang sama. Beza harganya sebanyak RM 13 sahaja. Cuba buat perbandingan harga spot gold tersebut dengan emas yang dijual syarikat lain pulak, tengok mana paling dekat dengan harga spot gold. J


2)    SUSUT NILAI (SPREAD) YG TERENDAH. (Bawah 10%)
Setiap emas ada nilai susutnya yang tersendiri bergantung kepada company emas. Pastikan nilai spread emas yang anda beli adalah yang terendah, dan tidak lebih daripada 10%. Susut nilai tu apa? Susut nilai yang biasanya juga disebut spread adalah BEZA HARGA antara harga belian dengan harga jualan oleh pihak syarikat. Kebiasaannya, makin besar gram emas yang kita beli, semakin rendah spreadnya.

Berdasakkan harga di atas berapa peratuskah nilai spread bagi emas PG 10 gram? Cara kiraannya:
Ø  (PG Sell – PG Buy) / PG Sell = ________ X 100 = JAWAPAN
Ø  Contoh untuk 10 gram :
RM 1,784 – RM 1641 = RM 143
RM 143 / RM 1784 = 0.08 X 100 = 8%
Emas dengan nilai spread yang terendah memaksimumkan keuntungan kita bila nak jual semula, terutamanya bila harga naik tinggi. Naik sedikit sahaja pun kita dah boleh jana keuntungan atas kenaikan harga.

3)    MUDAH UNTUK MENDAPATKANNYA (banyak syarikat)

Ini amat penting, terutamanya bila harga tengah rendah.Sebab waktu harga rendahlah ramai yang ambil peluang untuk menambah lebih banyak simpanan emas. Ada sesetengah company emas yang stok emasnya terhad, maka kita akan ketinggalan untuk membeli pada harga rendah. Pastikan syarikat emas yang tersebut ada sentiasa ada stok untuk pembelian pada bila-bila masa.
Lagi satu, adalah cawangan atau dealer untuk ambil emas. Ada company emas yang nilai spreadnya rendah, dan harganya juga murah, tapi cawangan atau pengedarnya jauh dari tempat tinggal kita. Ia akan menjadikan harga emas tersebut lebih mahal, sebab ditambah dengan kos minyak kereta, dan sebagainya.So, pastikan emas yang kita nak beli mudah nak dapatkan bila-bila masa.
Untuk aspek ini, saya amat selesa berurusan dengan Public Gold, sebab ada sebanyak 17 cawangan di seluruh negara. Bagi saya yang menetap di Bangi, PG cawangan Kajang adalah paling dekat, hanya 10 minit dari rumah.

4)    MUDAH UNTUK DIJUAL SEMULA (walaupun harga emas melambung tinggi) 

Dulu waktu harga emas rendah kita dah beli banyak, sekarang harga emas dah naik tinggi. Nak jual balik kat mana untuk dapat untung?  Atau, tiba-tiba terdesak nak guna duit, ada emergency berlaku yang perlu kepada duit, kat mana boleh jual emas dengan segera untuk dapat cash? Ya, memang boleh jual online di group-group emas di FB atau mana-mana sahaja, tapi ia memakan masa dan risiko. Nak cari pembeli pun satu hal, sebab harga tengah mahal, orang tak kan beli sangat. Tempat jual terbaik kat company emas tu sendiri.
Sesetengah company pula, hanya tahu menjual sebanyak mungkin sahaja, tapi bila kita nak jual balik kat dia, dia tak nak beli, atau beli dengan harga yang rendah sangat, lagi-lagi bila harga tiba-tiba melambung. Jadi, kena pastikan syarikat emas yang kita beli tu ada JAMINAN AKAN BELI BALIK emas yang dia jual kat kita.

5)    BOLEH DIPAJAKKAN DI AR-RAHNU (bila terdesak untuk guna wang shj)

Ar-Rahnu atau pajak gadai penting iaitu apabila kita memang urgent sangat-sangat nak guna duit tapi kita hanya ada emas sahaja. Melalui sistem Ar-Rahnu, kita boleh dapatkan pinjaman duit, dengan memajakkan emas yang kita ada sebagai tebusan. Sekiranya kita tidak mampu membayar semula pinjaman tersebut dalam tempoh yang ditetapkan, emas yang dipajakkan tersebut secara automatik menjadi milik penuh pihak Ar-Rahnu.


Perlu diingat, Ar-Rahnu sepatutnya hanya digunakan apabila sangat terdesak. Memanipulasikan sistem Ar-Rahnu tanpa pertimbangan yang jelas boleh merugikan, kerana Ar-Rahnu mengenakan upah simpan yang agak tinggi.

No comments:

Post a Comment