1.1
CARA MEMILIH EMAS
PALING UNTUNG
“Nak beli emas yang mana satu ya,emas
jenama A atau jenama P? hmm…” Pernah tak anda atau kenalan anda confius
emas jenama mana nak beli?
Elakkan membeli emas tanpa
sebarang ilmu pun berkenaan emas. Ya, memang emas itu secara umumnya pelaburan
yg menguntungkan untuk jangka masa yg panjang.Namun, membeli emas yg terbaik
memuaskan hati anda disamping memaksimumkan keuntungan daripada emas itu
sendiri.
Untuk menjana keuntungan yang maksimum, sebelum
membeli emas, atau apa-apa produk pelaburan emas, faktor-faktor berikut amat
perlu dititik beratkan:
1)
HARGA TERENDAH
(paling hampir dengan harga spot, dgn berat & ketulenan yg sama,eg: 999.9.
Harga terendah nak tahu macam mana ya?
Sekarang dah mudah, company-company yang jual emas banyak yang dah nyatakan di
website masing-masing untuk rujukan harga emas yang dijual. BANDINGKAN harga
antara emas syarikat A dengan emas syarikat B dengan berat dan ketulenan yang
sama.
Contoh: Emas seberat 1 gram, dengan ketulenan 999.9 atau 24karat. Hanya jenama
yang dicop pada emas yang berbeza :-
Harga
dijual syarikat A = RM 179 (tak temasuk GST)
Harga
dijual syarikat C = RM 179 (diberi perlepasan GST oleh kerajaan)
Sebagai pembeli yang bijak, mestilah kita
akan beli emas daripada syarikat B. Kan??
___________________________________________________________________
 |
Harga Spot Gold |
 |
Harga Public Gold Jual |
Harga International spot gold bagi 1 gram emas= RM166,
sementara harga yang dijual syarikat PG = rm179.
Saya ambil harga di atas pada tarikh dan jam yang sama. Beza harganya sebanyak
RM 13 sahaja. Cuba buat perbandingan harga spot gold tersebut dengan emas yang
dijual syarikat lain pulak, tengok mana paling dekat dengan harga spot gold. J
2)
SUSUT NILAI (SPREAD)
YG TERENDAH. (Bawah 10%)
Setiap emas ada nilai susutnya yang tersendiri bergantung kepada
company emas. Pastikan nilai spread emas yang anda beli adalah yang terendah,
dan tidak lebih daripada 10%. Susut nilai tu apa? Susut nilai yang biasanya
juga disebut spread adalah BEZA HARGA antara harga belian dengan harga
jualan oleh pihak syarikat. Kebiasaannya, makin besar gram emas yang kita beli,
semakin rendah spreadnya.
Berdasakkan harga di atas
berapa peratuskah nilai spread bagi emas PG 10 gram? Cara kiraannya:
Ø
(PG Sell – PG Buy) /
PG Sell = ________ X 100 = JAWAPAN
Ø
Contoh untuk 10 gram
:
RM 1,784 – RM 1641 = RM 143
RM 143 / RM 1784 = 0.08 X
100 = 8%
Emas dengan nilai spread yang terendah memaksimumkan keuntungan
kita bila nak jual semula, terutamanya bila harga naik tinggi. Naik sedikit
sahaja pun kita dah boleh jana keuntungan atas kenaikan harga.
3)
MUDAH UNTUK
MENDAPATKANNYA (banyak syarikat)
Ini amat penting,
terutamanya bila harga tengah rendah.Sebab waktu harga rendahlah ramai yang
ambil peluang untuk menambah lebih banyak simpanan emas. Ada sesetengah company
emas yang stok emasnya terhad, maka kita akan ketinggalan untuk membeli pada
harga rendah. Pastikan syarikat emas yang tersebut ada sentiasa ada stok untuk
pembelian pada bila-bila masa.
Lagi
satu, adalah cawangan atau dealer untuk ambil emas. Ada company emas yang nilai
spreadnya rendah, dan harganya juga murah, tapi cawangan atau pengedarnya jauh
dari tempat tinggal kita. Ia akan menjadikan harga emas tersebut lebih mahal,
sebab ditambah dengan kos minyak kereta, dan sebagainya.So, pastikan emas yang
kita nak beli mudah nak dapatkan bila-bila masa.
Untuk
aspek ini, saya amat selesa berurusan dengan Public Gold, sebab ada sebanyak 17
cawangan di seluruh negara. Bagi saya yang menetap di Bangi, PG cawangan Kajang
adalah paling dekat, hanya 10 minit dari rumah.
4) MUDAH UNTUK DIJUAL SEMULA (walaupun
harga emas melambung tinggi)
Dulu waktu harga emas
rendah kita dah beli banyak, sekarang harga emas dah naik tinggi. Nak jual
balik kat mana untuk dapat untung? Atau,
tiba-tiba terdesak nak guna duit, ada emergency berlaku yang perlu kepada duit,
kat mana boleh jual emas dengan segera untuk dapat cash? Ya, memang boleh jual
online di group-group emas di FB atau mana-mana sahaja, tapi ia memakan masa
dan risiko. Nak cari pembeli pun satu hal, sebab harga tengah mahal, orang tak
kan beli sangat. Tempat jual terbaik kat company emas tu sendiri.
Sesetengah
company pula, hanya tahu menjual sebanyak mungkin sahaja, tapi bila kita nak
jual balik kat dia, dia tak nak beli, atau beli dengan harga yang rendah
sangat, lagi-lagi bila harga tiba-tiba melambung. Jadi, kena pastikan syarikat
emas yang kita beli tu ada JAMINAN AKAN BELI BALIK emas yang dia jual kat kita.
5)
BOLEH DIPAJAKKAN DI
AR-RAHNU (bila terdesak untuk guna wang shj)
Ar-Rahnu atau pajak gadai penting iaitu apabila kita memang urgent
sangat-sangat nak guna duit tapi kita hanya ada emas sahaja. Melalui sistem
Ar-Rahnu, kita boleh dapatkan pinjaman duit, dengan memajakkan emas yang kita
ada sebagai tebusan. Sekiranya kita tidak mampu membayar semula pinjaman
tersebut dalam tempoh yang ditetapkan, emas yang dipajakkan tersebut secara
automatik menjadi milik penuh pihak Ar-Rahnu.
Perlu diingat, Ar-Rahnu sepatutnya hanya digunakan apabila sangat
terdesak. Memanipulasikan sistem Ar-Rahnu tanpa pertimbangan yang jelas boleh
merugikan, kerana Ar-Rahnu mengenakan upah simpan yang agak tinggi.