Dah beli, mesti la nak jual balik emas ni kan? Penjualan semula emas berlaku sama ada memang nak guna duit atau anda nak jual sebab anda seorang pelabur emas dan merasakan harga dah sesuai untuk jual. Di mana nak jual ni? Kedai-kedai emas terima ke? Orang nak beli ke?
Jawapan:
Mesti la kedai-kedai emas terima. Tinjauan saya dan kenalan-kenalan dalam
Public Gold mendapati kebanyakan kedai-kedai emas di Malaysia terima untuk beli
emas Public Gold sama ada berbentuk jongkong emas ataupun dinar. Tapi….nanti
dulu !
Jual kepada kedai-kedai emas adalah PILIHAN
TERAKHIR! So, nak jual pada siapa?
Anda mempunyai pilihan untuk jual kepada
sesiapa sahaja yang sudi membeli, dan saya percaya banyak pihak yang sudi
membeli emas PG anda, yang bezanya cuma harga yang mereka persetujui untuk beli
balik daripada anda sama ada tinggi atau rendah. Maka, di sini saya senaraikan
kepada siapa anda boleh jual balik emas PG anda mengikut turutan daripada harga
yang paling tinggi sehingga harga yang paling rendah yang ditawarkan :
A. Jual kepada pembeli
melalui media sosial seperti Facebook
Jualan kepada pelanggan melalui media
sosial memang boleh dapat harga yang tinggi, harga tanpa nilai susut langsung,
malah anda boleh dapat dengan harga yang lebih tinggi daripada yang jual semasa
(PG sell) oleh Public Gold. Namun, tak semestinya penjualan semula dengan
kaedah ini paling sesuai untuk anda, kerana
mempunyai beberapa kelemahan iaitu:
- Berisiko tinggi untuk ditipu dan diperdaya.
- Anda yang perlu cari pembeli (mengambil masa anda)
- Anda yang perlu cari pembeli (mengambil masa anda)
- Anda
perlu deal harga dengan yang dipersetujui pembeli
- Tak
sesuai untuk produk emas yang besar dan tinggi harganya.
B. Jual Semula Kepada
Public Gold
Anda beruntung kerana membeli produk
emas keluaran PG kerana PG memberi jaminan untuk membeli semula emas
yang anda jual, walau sebanyak mana pun anda nak jual semula, dan walau seal
emas anda rosak. Ya, Public Gold tetap akan membeli semula emas anda !
Bagaimana untuk jual semula kepada
Public Gold? Mudah sahaja.
Bagi ahli PG yang mempunyai kod PG
sendiri:
1. Log
in akaun PG di link berikut : https://publicgold.com.my/v1/index.php?option=com_user&view=login&Itemid=981&lang=ms
2.
Lock
harga belian semula oleh PG (PG Buy) melalui
website.
3. Pergi
ke cawangan PG terdekat dan serahkan emas anda dalam masa 48 jam selepas lock
harga.
4. Tunggu
dalam tempoh masa 1 hari bekerja untuk pihak PG bank in wang ke dalam akaun
anda (Maybank/Public Bank). Sekiranya anda menggunakan bank selain Maybank dan
Public Bank, PG akan bank in wang dalam tempoh masa 2 hari bekerja.
Bagi pemilik emas Public Gold yang
tidak berdaftar dan tidak mempunyai kod PG pula:
Anda tak perlu log-in ke akaun PG anda
seperti di atas sebab anda tidak mempunyai akaun sendiri. Anda boleh terus
dengan langkah no.3 iaitu terus pergi ke cawangan PG yang berhampiran untuk
serahan emas, dan tunggu PG bank in jumlah wang ke akaun anda seperti langkah
ke.4 di atas.
*Jual semula kepada Public Gold ini
mengambil masa sehari atau dua hari bekerja. Anda tidak boleh jual semula
ketika bukan hari bekerja.
C. Jual Kepada Dealer/Agen
Public Gold
Jual kepada dealer/agen Public Gold
juga satu pilihan yang baik. Dealer-dealer yang berdaftar atau agen Public Gold
selalunya akan mengambil harga belian semula (PG Buy) sama seperti yang
dipaparkan di website Public Gold. Namun, tidak semua dealer yang sanggup
membeli kerana tak semua dealer mempunyai modal yang mencukupi terutamanya
ketika harga emas melambung tinggi menggunung.
Jadi, mungkin lebih baik anda terus
jual di cawangan Public Gold yang berhampiran, kecuali anda mudah nak jumpa
pembeli tersebut,atau betul-betul
terdesak nak gunakan dan ketika itu cawangan Public Gold tutup.
D. Jual Kepada Kedai-Kedai Emas
Lain
Sekarang
dah banyak kedai-kedai emas yang nak membeli semula emas PG anda sama ada
berbentuk jongkong emas, dinar emas, ataupun emas perhiasan. Namun, saya dan sifu-sifu emas lain tidak
merasakan ini satu pilihan yang tepat, kerana pekedai-pekedai emas lain di
serata Malaysia juga kebanyakannya gemar membeli emas anda dengan harga yang
rendah.
Berdasarkan
survey saya di di beberapa buah kedai emas di sekitar Bandar Kajang dan Bandar
Baru Bangi, para pekedai emas tersebut secara puratanya membeli semua dengan
harga susut nilai antara 20-30% daripada harga jualan semasa (PG Sell).
Ada juga pekedai emas yang hanya menjual emas tapi enggan membeli emas selain emas keluaran syarikatnya sahaja seperti Poh Kong. Ini kerana fokus mereka lebih kepada penjualan emas khususnya emas perhiasan, bukan emas pelaburan. Anda boleh cuba untuk bertanya di kedai-kedai emas berhampiran kawasan anda untuk memastikan hal ini.
Ada juga pekedai emas yang hanya menjual emas tapi enggan membeli emas selain emas keluaran syarikatnya sahaja seperti Poh Kong. Ini kerana fokus mereka lebih kepada penjualan emas khususnya emas perhiasan, bukan emas pelaburan. Anda boleh cuba untuk bertanya di kedai-kedai emas berhampiran kawasan anda untuk memastikan hal ini.
E. Pajak di Ar-Rahnu
Di Malaysia, terdapat beberapa
institusi pajak gadai sama ada yang patuh syariah ataupun pajak gadai cina.
Sekiranya anda membeli emas keluaran Public Gold, tempat terbaik yang anda
harus tuju untuk mendapatkan suntikan modal bagi memulakan bisnes atau kegunaan lain yang mendesak, adalah dengan membuat pajakan di Ar-Rahnu Pos Malaysia.
Ar-Rahnu Pos adalah syarikat pajak gadai
Islam di bawah Pos Malaysia yang telah memeterai kerjasama dengan Public Gold untuk memberikan
pinjaman berpajak. Ya, perlu diingat bahawa ia adalah pinjaman dan perlu
dibayar semula. Ar-Rahnu Pos Malaysia memberikan pinjaman tertinggi kepada
anda, iaitu sebanyak 75% daripada harga semasa emas yang ditentukan oleh mereka. Sebagai pajakan,
anda perlu memberikan emas anda kepada pihak Ar-Rahnu untuk disimpan. Sekiranya anda tidak mampu
membayar semula jumlah pinjaman setelah tempoh matang beserta upah simpan, maka emas
yang anda simpan di Ar-Rahnu tersebut akan digadaikan dan menjadi milik pihak
Ar-Rahnu dengan serta merta.