Powered By Blogger

Thursday, 18 August 2016

JANA PENDAPATAN PASIF DENGAN MENJADI DEALER PUBLIC GOLD


PROMOSI  MENJADI DEALER PUBLIC GOLD TERKINI ! (JULAI 2016)








                                            JOM MENJADI DEALER PUBLIC GOLD (Julai 2017)


Promosi bagi anda yang alang-alang gemar membeli dan menyimpan emas, biar terus jadi dealer. Anda hanya perlu membeli 100 gram emas melalui akaun simpanan emas GAP untuk layak menjadi Authorised Dealer Public Gold. Emas dapat, peluang berniaga sendiri pun dapat. Part-time ataupun full-time. Jom grab peluang ni. Mesej whatsapp saya di nombor: 013-3758565 sekarang.


Apa kelebihan jadi dealer Public Gold? Klik di sini: Kelebihan menjadi Dealer Public Gold





Promosi Bulan Disember 2016 (TAMAT)




Promosi Bulan November 2016 (TAMAT)





Promosi Bulan Oktober 2016 (TAMAT)


Promosi Bulan September 2016 (TAMAT)





Wednesday, 25 May 2016

KENAPA PERLU BELI EMAS ?


Mengapa saya dan guru-guru kewangan yang lain seperti Tuan Zulkifli Shafie, Tuan Azizi Ali, Mike Maloney dan Robert Kiyosaki mencadangkan untuk menyimpan emas? Sekiranya hati anda berbisik "sebab anda ejen emas, memanglah cadangkan orang beli emas untung untung". Ya, memang saya adalah seorang dealer emas, namun mereka yang lain seperti nama-nama besar seperti Tuan Azizi Ali  dan Robert Kiyosaki bukanlah seorang ejen atau dealer mana-mana syarikat emas.

Saya juga pada mulanya menyimpan emas tidak pernah terfikir untuk menjadi dealer atau sebagainya, cuma saya tahu bahawa ia lebih baik daripada menyimpan wang kertas di dalam bank!

Anda juga, sekiranya anda juga tahu dan sedar tentang kepentingan emas, saya pasti anda akan membuat keputusan bijak dengan menyimpan emas. Maka, pada posting ini saya akan berkongsi tentang kepentingan menyimpan emas. Semua point yang saya tulis di sini hasil daripada pembelajaran saya melalui guru-guru emas saya dan daripada pembacaan- pembacaan di laman sesawang : 

Kenapa Emas ? 
  • MELINDUNGI WANG RINGGIT ANDA TERHAKIS NILAI
  • MENGELAKKAN KEBOCORAN WANG
  • TABUNGAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK
  • SEBAGAI ASET PELABURAN
1) MELINDUNGI NILAI WANG RINGGIT TERHAKIS

Bagaimana wang ringgit terhakis nilainya? Di Malaysia, wang adalah wang ringgit ataupun sen. Pada zaman anda sekolah rendah dahulu, berapakah harga untuk membeli nasi paling murah untuk makan ketika waktu rehat? Pada pendapat saya nasi lemak adalah nasi yang paling murah dan mengenyangkan. Pada zaman tersebut, saya boleh mendapatkan nasi lemak yang cukup untuk kenyangkan saya sehingga tertidur di dalam kelas dengan harga 50 sen.

Sekarang berapakah harga nasi lemak yang dijual di sekolah-sekolah? Ia pasti tidak kurang RM1.00!

Tahun 2003  = RM 0.50
Tahun 2016 = RM 1.00

2) MENGELAKKAN KEBOCORAN WANG


"Nak beli apa lagi ea? Telefon baru? Kasut atau baju baru?" 
Pernah tak dialog di atas berlegar dalam minda anda ketika ke shopping mall ? Mesti pernah kan. Selagi rasa berduit, semua yang dah ada memang takkan pernah cukup. Padahal itu bukan satu keperluan pun. Tapi apa boleh buat, itu memang psikologinya rasa berduit, bukan perempuan shj, lelaki pun sama. Bak kata sifu emas Hj.Pokli, "Duit tu berhantu". 
Cuba simpan emas, rasa macam takda duit ja, tetapi sebenarnya nilai duit tu ditukarkan kepada emas yang lebih bernilai. Pastikan emas dijadikan tabungan bulanna setiap kali anda baru sahaja mendapat gaji/elaun, supaya nilai wang anda terus selamat. 

"Simpan dahulu baru belanja" adalah petua jika anda membaca mana-mana buku kewangan. Ini adalah tips penting untuk menjadi kaya. Orang kaya hanya akan berbelanja setelah menyimpan sejumlah wang yang ditetapkan setiap bulan. Mana mungkin RM 1 juta dapat terhasil tanpa bermula dengan RM100, dan RM100 pula tidak bermula tanpa RM1. 

Oleh itu, Simpan, Simpan dan Simpan. !

3) EMAS UNTUK BIAYA PENDIDIKAN ANAK-ANAK

Emas juga boleh dijadikan sebagai tabung untuk membiayai pendidikan universiti anak-anak. Ya, cukup untuk membayar yuran pengajian anak anda di universiti-universiti tempatan. Bagaimanakah caranya? KONSISTEN!

Sejak anak anda dilahirkan, mulakan tabungan untuk pendidikan universiti anak tersebut setiap bulan sebanyak 1 gram. Konsisten dengan 1 gram setiap bulan. Bagi memudahkan simpanan ini, anda boleh mendaftar dan membuka akaun simpanan emas GAP. Anda boleh membaca berkenaan akaun simpanan emas ini dengan klik di sini.

Kiraannya adalah seperti berikut :
1 gram x 12 bulan = 12 gram.
17 tahun simpanan = 12 gram x 17 tahun = 204 gram
204 gram x RM 200 (anggaran purata terendah)  = RM40,800

RM 40,800 adalah anggaran sekiranya harga emas segram rm200. Pada masa kini, ianya cukup untuk membayar kos pendidikan tinggi di mana-mana universiti termpatan. Saya yakin, ianyanya juga cukup untuk membayar kos pendidikan pada 18 tahun akan datang sekiranya anda simpan wang anda dalam bentuk emas.

Berbeza dengan simpanan wang, RM40,800 tersebut akan terus menyusut nilainya dari hari ke hari, dan biaya pendidikan akan jadi lebih tinggi. Belum ditolak lagi dengan kepayahan menabung dalam bentuk wang yang kadang-kadang ter'guna'.


4) EMAS SEBAGAI ASET PELABURAN

Emas juga boleh dijadikan pelaburan. Berdasarkan sejarah harga emas Malaysia, emas mencatatkan kenaikan purata sebanyak 12.8 % setiap tahun. Ini adalah lebih tinggi daripada anda melabur di ASB, Tabung Haji ataupun lain-lain pelaburan, apatah lagi jika dibandingkan dengan dividen yang diberi oleh pihak bank sekiranya anda membuat simpanan fix deposit.


 Gambar kredit: www.mohdzulkifli.com

Banyak lagi sebab kenapa anda perlu beli emas. Apa yang saya nukilkan disini hanyalah sekadar apa yang mudah bagi saya dan mungkin untuk anda memahami. Apapun kerja yang anda buat, anda tetap dapat duit kertas yang pasti dipengaruhi oleh ekonomi negara. Lebih selamat jika anda buat macam saya, hanya tukarkan simpanan duit anda kepada simpanan emas.



Saturday, 30 April 2016

NAK JUAL BALIK EMAS NI DI MANA?

Dah beli, mesti la nak jual balik emas ni kan? Penjualan semula emas berlaku sama ada memang nak guna duit atau anda nak jual sebab anda seorang pelabur emas dan merasakan harga dah sesuai untuk jual. Di mana nak jual ni? Kedai-kedai emas terima ke? Orang nak beli ke?


Jawapan: Mesti la kedai-kedai emas terima. Tinjauan saya dan kenalan-kenalan dalam Public Gold mendapati kebanyakan kedai-kedai emas di Malaysia terima untuk beli emas Public Gold sama ada berbentuk jongkong emas ataupun dinar. Tapi….nanti dulu !

Jual kepada kedai-kedai emas adalah PILIHAN TERAKHIR! So, nak jual pada siapa?

Anda mempunyai pilihan untuk jual kepada sesiapa sahaja yang sudi membeli, dan saya percaya banyak pihak yang sudi membeli emas PG anda, yang bezanya cuma harga yang mereka persetujui untuk beli balik daripada anda sama ada tinggi atau rendah. Maka, di sini saya senaraikan kepada siapa anda boleh jual balik emas PG anda mengikut turutan daripada harga yang paling tinggi sehingga harga yang paling rendah yang ditawarkan :


      A.     Jual kepada pembeli melalui media sosial seperti Facebook

Jualan kepada pelanggan melalui media sosial memang boleh dapat harga yang tinggi, harga tanpa nilai susut langsung, malah anda boleh dapat dengan harga yang lebih tinggi daripada yang jual semasa (PG sell) oleh Public Gold. Namun, tak semestinya penjualan semula dengan kaedah ini paling sesuai untuk anda,  kerana mempunyai beberapa kelemahan iaitu:

-         Berisiko tinggi untuk ditipu dan diperdaya. 
-    Anda yang perlu cari pembeli (mengambil masa anda)
-        Anda perlu deal harga dengan yang dipersetujui pembeli
-        Tak sesuai untuk produk emas yang besar dan tinggi harganya.


      B.      Jual Semula Kepada Public Gold

Anda beruntung kerana membeli produk emas keluaran PG kerana PG memberi jaminan untuk membeli semula emas yang anda jual, walau sebanyak mana pun anda nak jual semula, dan walau seal emas anda rosak. Ya, Public Gold tetap akan membeli semula emas anda !
Bagaimana untuk jual semula kepada Public Gold? Mudah sahaja.

Bagi ahli PG yang mempunyai kod PG sendiri:


2.      Lock harga belian semula oleh PG (PG Buy)  melalui website.

3.    Pergi ke cawangan PG terdekat dan serahkan emas anda dalam masa 48 jam selepas lock harga.

4.   Tunggu dalam tempoh masa 1 hari bekerja untuk pihak PG bank in wang ke dalam akaun anda (Maybank/Public Bank). Sekiranya anda menggunakan bank selain Maybank dan Public Bank, PG akan bank in wang dalam tempoh masa 2 hari bekerja.

Bagi pemilik emas Public Gold yang tidak berdaftar dan tidak mempunyai kod PG pula:

Anda tak perlu log-in ke akaun PG anda seperti di atas sebab anda tidak mempunyai akaun sendiri. Anda boleh terus dengan langkah no.3 iaitu terus pergi ke cawangan PG yang berhampiran untuk serahan emas, dan tunggu PG bank in jumlah wang ke akaun anda seperti langkah ke.4 di atas.

*Jual semula kepada Public Gold ini mengambil masa sehari atau dua hari bekerja. Anda tidak boleh jual semula ketika bukan hari bekerja.


     C.      Jual Kepada Dealer/Agen Public Gold

Jual kepada dealer/agen Public Gold juga satu pilihan yang baik. Dealer-dealer yang berdaftar atau agen Public Gold selalunya akan mengambil harga belian semula (PG Buy) sama seperti yang dipaparkan di website Public Gold. Namun, tidak semua dealer yang sanggup membeli kerana tak semua dealer mempunyai modal yang mencukupi terutamanya ketika harga emas melambung tinggi menggunung.

Jadi, mungkin lebih baik anda terus jual di cawangan Public Gold yang berhampiran, kecuali anda mudah nak jumpa pembeli tersebut,atau  betul-betul terdesak nak gunakan dan ketika itu cawangan Public Gold tutup.


      D.     Jual Kepada Kedai-Kedai Emas Lain

Sekarang dah banyak kedai-kedai emas yang nak membeli semula emas PG anda sama ada berbentuk jongkong emas, dinar emas, ataupun emas perhiasan. Namun, saya dan sifu-sifu emas lain tidak merasakan ini satu pilihan yang tepat, kerana pekedai-pekedai emas lain di serata Malaysia juga kebanyakannya gemar membeli emas anda dengan harga yang rendah.

Berdasarkan survey saya di di beberapa buah kedai emas di sekitar Bandar Kajang dan Bandar Baru Bangi, para pekedai emas tersebut secara puratanya membeli semua dengan harga susut nilai antara 20-30% daripada harga jualan semasa (PG Sell).

Ada juga pekedai emas yang hanya menjual emas tapi enggan membeli emas selain emas keluaran syarikatnya sahaja seperti Poh Kong. Ini kerana fokus mereka lebih kepada penjualan emas khususnya emas perhiasan, bukan emas pelaburan. Anda boleh cuba untuk bertanya di kedai-kedai emas berhampiran kawasan anda untuk memastikan hal ini.


      E.      Pajak di Ar-Rahnu

      Di Malaysia, terdapat beberapa institusi pajak gadai sama ada yang patuh syariah ataupun pajak gadai cina. Sekiranya anda membeli emas keluaran Public Gold, tempat terbaik yang anda harus tuju untuk mendapatkan suntikan modal bagi memulakan bisnes atau kegunaan lain yang mendesak, adalah dengan membuat pajakan di Ar-Rahnu Pos Malaysia.

      Ar-Rahnu Pos adalah syarikat pajak gadai Islam di bawah Pos Malaysia yang telah memeterai kerjasama dengan Public Gold untuk memberikan pinjaman berpajak. Ya, perlu diingat bahawa ia adalah pinjaman dan perlu dibayar semula. Ar-Rahnu Pos Malaysia memberikan pinjaman tertinggi kepada anda, iaitu sebanyak 75% daripada harga semasa emas yang ditentukan oleh mereka. Sebagai pajakan, anda perlu memberikan emas anda kepada pihak Ar-Rahnu untuk disimpan. Sekiranya anda tidak mampu membayar semula jumlah pinjaman setelah tempoh matang beserta upah simpan, maka emas yang anda simpan di Ar-Rahnu tersebut akan digadaikan dan menjadi milik pihak Ar-Rahnu dengan serta merta.